Identiti Luo Guanzhong

Luo Guanzhong telah disahkan hidup pada akhir Dinasti Yuan dan awal Dinasti Ming oleh rekod sezaman Jia Zhongming (賈仲明) yang bertemu dengan beliau pada tahun 1364. Rekod Jia Zhongming mengatakan bahawa Luo Guanzhong berasal dari Taiyuan, manakala ahli-ahli sejarah kesusasteraan mencadangkan kemungkinan-kemungkinan yang lain, termasuk Hangzhou dan Jiangnan. Menurut Meng Fanren (孟繁仁), Luo Guanzhong dapat disusur-galur keturunannya kepada keluarga Luo, dan Taiyuan merupakan tempat asalnya yang paling mungkin.

Para ahli sejarah kesusasteraan tidak pasti adakah Shi Naian (sila lihat Karya) dan Luo Guangzhong merupakan orang yang sama, atau adakah nama "Shi Naian" itu dipergunakan oleh editor Hikayat Penjahat-penjahat Paya  sebagai nama samaran kerana tidak hendak dikaitkan dengan sebarang tema anti-kerajaan yang mungkin didapati di dalam karya ini.